Thursday, 1 March 2012

Artikel : Pengertian Homestay

Salam Sejahtera

Sejak kebelakangan ini, pembukaan Homestay atau Rumah Inap telah banyak menular di sekitar Bandar Kluang (dari kacamata saya yang memang mendiami daerah Kluang Johor ini) Kemungkinan juga banyak yang telah dibuka di daerah-daerah atau di negeri-negeri lain di negara ini terutama di daerah-daerah yang mempunyai kepesatan dari segi perlancongan, pusat-pusat rekreasi atau berdekatan dengan pantai, pergunungan, hutan dan sebagainya. Homestay yang disediakan akan memberi kemudahan terutama kepada yang datang bersama keluarga kerana ia banyak memberi kelebihan berbanding penginapan di hotel-hotel.

Pantai Mersing

Apa itu Homestay? 

Homestay atau Rumah inap pada asalnya bermaksud rumah orang awam yang menyediakan ruang atau bilik untuk disewakan kepada pelancong. Kaedah rumah inap ini bagi menampung kekurangan bilik hotel di sesetengah tempat. Sesetengah tempat yang kecil dan terpencil tidak mempunyai hotel, resort, chalet dan sebagainya. Konsep homestay dapat menambah pendapatan orang kampung tradisional. Kampung-kampung di Pahang, Perak, Selangor, Terengganu dan negeri-negeri lain berpotensi dijadikan kawasan untuk program homestay bagi menarik pelancong dari luar negara. Keunikan kampung di Pahang, Perak , Sarawak dan Sabah seperti sistem kemasyarakatan, kehidupan, sosial, keadaan geografi serta sistem ekonomi, boleh menarik perhatian pelancong luar untuk mendekatinya. Pelancong Jepun dan Eropah tidak lagi berminat melihat bangunan tinggi dan bandar besar, sebaliknya mereka ingin mengetahui budaya dan cara hidup masyarakat tempatan serta kesenian dan masakan tradisional negara yang mereka lawati. Pelancong juga didapati lebih berminat tinggal di kampung bersama keluarga angkat bagi membolehkan mereka mengetahui adat budaya dan kesenian masyarakat tempatan. 

Walaubagaimanapun, kini pengertian homestay juga telah terbuka kepada sesiapa sahaja yang memerlukan tempat penginapan dan tidak hanya kepada pelancong asing sahaja. Perbezaan ketara antara Homestay 'Perlancongan' dengan Homestay 'Awam' ialah tiadanya program-program atau aktiviti masyarakat setempat yang disediakan untuk pelanggan kerana target market untuk pengendali homestay 'awam' ini adalah untuk rakyat dari negara ini sahaja. 

Homestay yang dibuka terarah kepada kumpulan-kumpulan seperti berikut: 

i. Rumah singgah atau penginapan untuk keluarga yang akan melangsungkan perkahwinan atau pertunangan. 

ii. Rumah tambahan untuk keluarga yang berkunjung tetapi rumah yang dikunjungi mempunyai ruang atau bilik yang terhad. 

iii. Rumah untuk isteri dan anak-anak tinggal bilamana suami datang ke sesebuah daerah untuk bekerja atau kursus atau aktiviti-aktiviti lain dalam tempoh yang tertentu. 

iv. Penginapan kepada sesebuah kumpulan untuk bekerja, bersukan atau aktiviti-aktiviti lain. 

v. Sebagai penginapan sementara sebelum seseorang atau keluarga berpindah ke rumah baru. 

vi. Dan lain-lain aktiviti... 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...